Home »
Islami
»
KISAH ASHABUL KAHFI
KISAH ASHABUL KAHFI
Lokasi
Gua Ashabul Kahfi terletak kira-kira 7 km dari pusat kota
Amman, Jordan. Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenal dengan Ar-Raqim
karena terdapat bekas peninggalan arkeologi yang bernama Khirbet
Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam
Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing
dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bertulis.
Kahf Ahlil Kahf
merupakan lokasi sejarah yang membuktikan kebenaran kisah di dalam
Al-Quran yaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26. Ayat di
dalam Surah tersebut menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yang
beriman kepada Allah melarikan diri ke sebuah gua dan Allah
menidurkan mereka selama 309 tahun Qamariah (300 tahun Shamsiah)
sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh suara apa sekalipun.
Kisah 7 pemuda ini bermula apabila mereka berhadapan dengan
raja yang zalim dan mengakui bahwa mereka hanya beriman kepada
Allah yang menguasai langit dan bumi. 7 orang pemuda tersebut
melarikan diri dari raja yang zalim bersama seekor anjing mereka ke
sebuah gua dan
bersembunyi di situ lalu mereka ditidurkan oleh Allah selama 309 tahun Qamariah.
Apabila mereka bangun, salah seorang dari mereka keluar untuk membeli
makanan dan mendapati zaman tersebut telah berubah dari zaman mereka
memasuki gua. Ini disadari apabila uang yang mereka gunakan sudah tidak
laku pada zaman tersebut (zaman mereka dibangkitkan).
Pemuda tersebut kembali ke gua dan pemuda-pemuda tersebut dimatikan oleh Allah di dalam gua tersebut.
Ahli sejarah Islam dan barat telah banyak menjalankan kajian
di manakah tempat terjadinya kisah 7 pemuda tersebut ditidurkan
oleh Allah dalam tempo masa yang lama. Para pengkaji Islam
menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan manakalan penganut
kristen mempercayai kisah ini berlaku dan menjalankan kajian mereka
dari kitab bible. Pelbagai hasil kajian, pandangan telah diberikan dalam
menyatakan bilakah kisah ini terjadi? Di manakah ia terjadi?
Persoalan-persoalan ini telah coba dikupas sejak zaman berzaman dan
turut dibincangkan oleh ‘Alim Ulama
terdahulu dan dibentangkan di dalam kitab-kitab tulisan mereka.
Kapan Terjadinya?
Pandangan pertama menyatakan kisah ini berlaku pada zaman
maharaja Rum Daqyanus atau dikenali sebagai Decius yang menguasai
Amman dan memerintah sekitar tahun 249-251 Masehi.
Daqyanus
terkenal sebagai maharaja yang amat memusuhi agama Nasrani dan menyeksa
pengikut-pengikutnya. Pemuda-pemuda tersebut dikatakan bangun
ketika zaman Theodicius II yang memerintah antara tahun 408 sehingga
521 Masehi.
Pandangan kedua berpendapat bahwa kisah ini telah
berlaku pada zaman penguasaan Maharaja Trajan. Manuskrip sejarah
membuktikan bhawa diktator ini menyembah berhala dan membunuh sesiapa
saja yang menentang tuhan-tuhannya sehinggakan Trajan mengeluarkan
peraturan
berhubung dengan perkara tersebut. Siapa yang
beriman selain dari tuhan yang dia sembah, mereka akan dibunuh.
Tempo penguasaan Trajan adalah di antara tahun 98-117 masihi.
Pemuda-pemuda beriman tersebut dikatakan bangun dari tidur ketika zaman
Theodicius yang memerintah
antara tahun 408-450 masihi.
Di mana Terjadinya?
Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa kisah ini terjadi di
Turki, Jordan, Syria, Arab Saudi dan Sepanyol. Di Turki saja
terdapat 4 lokasi
dikatakan peristiwa itu berlaku (Ephesus, Tarsus, Kahramanmaras dan Mardin).
Penulis telah berpeluang menziarahi 3 lokasi di mana terdapatnya
Gua Ashabul Kahfi iaitu di Abu Alanda, Jordan. Ephesus, Turki
dan Jabal Qassiyun, Syria. Apa yang boleh penulis simpulkan hasil dari
bacaan, pemerhatian di lokasi-lokasi tersebut dua lokasi di Ephesus
dan Jabal Qassiyun tidak banyak membuktikan bahwa di situ
terjadinya
peristiwa tersebut. Bukti yang penulis maksudkan ialah
dari ciri-ciri gua yang diterangkan di dalam ayat Al-Quran.
Berbeda dengan gua yang terdapat di Abu Alanda, Jordan. Ciri-ciri
seperti yang dikisahkan di dalam Al-Quran agak bertepatan. 3 ciri
dari ayat Al-Quran yang menjadi perhatian penulis ialah :
Pertama : Firman Allah di dalam Surah Kahfi ayat 17-
17. Dan Engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke
kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan
mereka ke arah kiri, sedang mereka berada Dalam satu lapangan
gua itu…
Lokasi Gua Ashabul Kahfi di Abu Alanda, Jordan
terdapat sebuah lubang dari atas gua yang memasuki cahaya ketika
matahari terbit dan ketika terbenam matahari berada dari arah pintu
gua.
Kedua : Firman Allah di dalam Surah Kahfi ayat 21
20. …
setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: “Dirikanlah sebuah
bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah Yang mengetahui akan hal ihwal
mereka”. orang-orang Yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja)
pula berkata: “Sebenarnya Kami hendak membina sebuah Masjid di sisi
gua mereka”.
Di atas Gua Ashabul Kahfi di Abu Alanda
terdapat rumah ibadat yang dibangun ketika zaman tersebut. Rumah
ibadat yang dimaksudkan adalah rumah ibadat penganut nasrani. Ketika
zaman kerajaan Umawiah, rumah ibadat tersebut telah dijadikan masjid.
Ketiga : Firman Allah di dalam Surah Kahfi ayat 17
17. ..sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu.
Bentuk gua yang terdapat di Abu Alanda adalah luas dan lapang serta
tidak dalam. Bukti dari kesan sejarah dan arkeologi. Beberapa bukti
telah dikenal pasti dari kesan-kesan tinggalan sejarah dan arkeologi
bahwa gua yang terdapat di Abu Alanda, Jordan merupakan gua di mana
berlakunya peristiwa tersebut.
1. Terdapat tulisan pada
lengkungan pintu di dinding sebelah Timur yang menyatakan ‘Masjid
diperbaharui pada tahun 117 hijrah yang merujuk kepada zaman
Hisham bin Abdul Malik bin Marwan. Ini membuktikan bahwa ketika era
kerajaan Umawiah mereka sudah memperharui masjid yang sebelum itu
menjadi rumah ibadat nasrani. Kesan yang boleh dilihat ialah
bangunan mihrab (petunjuk arah kiblat) yang terdapat di atas
gua
tersebut.
2. Tulisan khat Kufi turut ditemui yang
mengisyaratkan bahwa masjid kedua di Ashabul Kahfi diperbaharui
pada zaman Khomarumiah bin Ahmad Tholun dari kerajaan Abasiah.
Masjid kedua yang dimaksudkan ialah masjid yang dibangun berhadapan
dengan gua Ashabul Kahfi setelah masjid pertama diwujudkan di atas gua
ketika zaman Umawiah.
3. Kesan Nawawis di dalam gua. Nawawis di
dalam Mu’jam Wasit (m/s 962) memberi arti kubur orang nasrani yang
diletakkan mayat di dalamnya. Pada Nawawis tersebut terdapat bintang
segi lapan yang membuktikan tanda zaman kerajaan Rum-Byzantium pada
kurun ke-3 masehi. Menjadi adat pada ketika itu, mayat-mayat nasrani
akan dikuburkan di dalam bekas batu. Ini tidak mustahil bahwa
mereka yang telah menguruskan mayat pemuda
tersebut telah mengkebumikan mereka dengan cara dan adat mereka pada ketika itu.
4. Penemuan barang tembikar, duit tembaga dan perak, lampu dari
pelbagai zaman (Umawiah, Abasiah, Turki Uthmaniyyah) di dalam
gua tersebut dan sekitarnya. Ia membawa maksud bahwa tempat itu
telah dijaga oleh pelbagai zaman yang berlalu.
5. Al-Waqidi di dalam
kitabnya Futuhat Sham telah menulis bahawa beliau bersama yang lain
telah berhenti di Ain Ma’ berhampiran gua ashabul kahfi. Mereka
berhenti di Ain Ma’ tersebut berwudu, solat dan tidur di situ
sebelum meneruskan perjalanan keesokkn harinya ke tanah Palestin. Ain
Ma’ terletak 70 meter dari gua ashabul kahfi.
6. Pohon zaitun
berusia ratusan tahun tumbuh berhadapan gua. Pohon tersebut telah
mati dan kesan batang pohon zaitun yang berusia ratusan tahun itu kini
ditempatkan di dalam museum mini di dalam gua.
7. Penemuan tulang di dalam Nawawis. Dikatakan bahawa tulang-tulang tersebut adalah kepunyaan pemuda-pemuda tersebut.
Dari beberapa penemuan dan bukti yang ada. Berkemungkinan peristiwa
yang telah dinyatakan di dalam Surah Kahfi mengenai pemuda-pemuda yang
ditidurkan selama 300 tahun Shamsiah telah terjadi di Abu Alanda,
Jordan.
Sumber:emasloemiyono.wordpress.com
Berita Terkait
Tidak ada komentar: